Thursday, 1 December 2011

Biar betul! Wanita ini sudah 15 tahun tidak makan dan minum

Seorang gadis yang berusia akhirnya boleh makan kembali setelah 15tahun akibat mengidapi penyakit yang tidak merasa lapar dan dahaga.Molly Smith dihantar ke hospital semasa dia kanak-kanak setelah dia mengalami masalah pada ususnya.Dia menderita penyakit yang dinamakan intussusception.Keadaan ini membuat doktor terpaksa membuang organnya, dan membuat Molly yang masih kecil pada masa itu tidak mampu untuk mencerna makanan atau minuman.Kerana itu juga molly terpaksa diberi makan melalui tiub terus ke dalam jantungnya selama 15 tahun selepas itu.

Selama 15 tahun berikutnya, Molly perlu menyambungkan dirinya ke pada mesin selama 12 jam setiap hari untuk memasukkan nutrisi terus ke dalam darah melalui jantungnya.Dia melekatkan tabung dengan lubang di dadanya, yang harus ditutupi oleh plester pada siang hari.Namun begitu, hati Molly rosak teruk kerana mencerna nutrisi kepekatan tinggi yang dimasukkan oleh tabung. Keadaan ini membuatkan dia memerlukan transplantasi untuk mengelakkan kematian.

Suatu hari sebelum ulangtahun nya yang ke 16,Molly menjalani transplantasi berbahaya untuk 3 organ selama 12 jam di Birmingham Children ‘s Hospital . Transplantasi dilakukan untuk menggantikan hatinya, usus dan pankreas.Perlahan-lahan ia belajar untuk makan dan minum lagi.

No comments:

Post a Comment