Wednesday 11 July 2012

INIKAH YANG DIKEJAR OLEH DUNIA ARAB


Rentetan peralihan kuasa berlaku di negara Arab dengan alasan melepaskan diri dari cengkaman diktator. Benarkah? Tetapi dua perkara yang terserlah dari perubahan kuasa ini, rupa-rupanya Libya selama ini hidup dalam keadaan yang agak baik. Presidennya sendiri duduk dalam khemah. Tiada cukai pendapatan. Minyak percuma. Kita lihat pula selepas ini apa akan jadi dengan Libya era baru.
Kedua di Mesir. Perlimen luluskan rang undang-undang, sisuami boleh menyetubuhi mayat isteri sebelum dikebumikan. Apa hal semua ini. Apa yang terjadi di sebalik  peralihan kuasa.
Ini pula kejadian yang berlaku di Maghribi. Saya petik dari namaberita.com. Cuba anda baca dan buat penilaian sendiri moral berita ini.
 
Ahad, Julai 08, 2012 namaberita.com No comments
GAMBAR pada 5 Julai 2012 menunjukkan dua pasang kekasih sedang berdua-duan di sebuah pantai di Rabat, Maghribi.
 
Ulama terkenal, Omar Heddouchi bercakap pada sidang akhbar dengan Hassan al-Kettani rakan (kanan) dan Abu Hafsin (kiri) di Rabat, Maghribi.
 
RABAT, Maghribi – Tiga ulama konservatif paling terkenal di Maghribi secara terbuka membuat permintaan supaya wartawan yang menyokong kebebasan seksual di negara Afrika Utara berkenaan dijatuhi hukuman mati.
 
Tindakan itu dibuat selepas pengarang akhbar harian Al-Ahdath Al-Maghribia, Mokhtar el-Ghzioui, secara terbuka menyokong seorang aktivis hak asasi manusia Maghribi yang menghalalkan hubungan seks sebelum perkahwinan.
 
Beliau membuat komen penuh kontroversi itu dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen pada minggu lepas.
 
Dalam wawancara tersebut Mokhtar berkata, beliau tidak kisah jika emak atau adik perempuannya bersetuju mahu melakukan hubungan seks suka sama suka.

No comments:

Post a Comment