Monday 9 July 2012

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ella Dan Azhar

Selepas ini bermulalah lembaran baru dalam hidup penyanyi rock wanita negara, Ella Aminuddin, 46. Mengucapkan selamat tinggal kepada zaman solo, Ella dinikahkan dengan lelaki pilihan, Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang Firefly, selepas solat Isyak. Acara akad nikah berlangsung di rumah keluarga di Teluk Gadong, Klang.









Setelah bertahun-tahun lamanya peminat menanti, akhirnya Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30, dengan sekali lafaz.



Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin, menjadi wali.


Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini diadakan di rumah keluarga Ella di Telok Gadong, Klang, kira-kira pukul 10.35 malam tadi.

Majlis yang dibuat dalam suasana sederhana namun meriah, dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan.

Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin.

Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini tampil anggun mengenakan busana rekaan Syaiful Baharim.

Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember ini.

Ella dikatakan sudah mengenali Azhar semenjak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.


No comments:

Post a Comment