Sunday 8 July 2012

Anda boleh didenda RM64 jika mencarut!



MIDDLEBOROUGH, Amerika Syarikat – Penduduk di bandar ini, dekat Boston kelmarin bersetuju supaya mereka yang bermulut celupar membayar denda sebanyak AS$20 (RM64) jika didapati menyumpah seranah di tempat awam.
Dalam satu mesyuarat penduduk, 183 penghuni bandar berkenaan menyokong denda tersebut manakala 50 lagi membantah cadangan itu.
Denda itu merupakan cadangan daripada ketua polis tempatan.
Beberapa pegawai memberitahu, cadangan tersebut bukan bermaksud menapis perbualan tetapi bagi menghalang pengunaan bahasa kesat secara lantang oleh golongan remaja dan belia di pusat bandar dan taman awam.
“Saya benar-benar gembira berhubung peraturan baharu ini.
“Mereka (remaja) duduk di atas bangku dan menjerit ke arah satu sama lain dengan menggunakan bahasa paling kesat yang anda pernah dengar, perlakuan tersebut adalah sangat tidak wajar,” kata pemilik kedai, Mimi Duphily selepas sesi pengundian itu. – Agensi

No comments:

Post a Comment