Monday 9 April 2012

Mamat Sepah terkena gangguan jin?

Terasa macam membaca buku Siri Bercakap Dengan Jin pulak apabila membaca cerita tentang Mamat Sepah di portal Murai. Nampak gayanya macam Mamat Sepah terkena gangguan jin atau pun buatan orang. Mana taknya, kalau makan pun terasa macam menelan kaca. Tak ke seram tue?


Kata Mamat Sepah:-
Saya sudah mula rasa penyakit aneh ini sejak beberapa bulan lalu. Saya sentiasa akan rasa lemah ketika waktu magrib sehingga ke malam dan telah menyebabkan saya tidak boleh tidur.Namun setelah berjumpa dengan doktor, saya hanya diberikan vitamin dan disahkan tidak mempunyai penyakit yang serius.Terus-terang, seumur hidup, saya tidak pernah mengalami rasa sakit sebegini sehingga apabila apa jua makanan yang masuk ke mulut saya akan rasa pedih seperti menelan kaca. Saya harap sangat saya dapat kembali sihat seperti biasa.

Kadang-kala memang ada penyakit yang doktor tak dapat tahu apa puncanya namun boleh diselesaikan secara tradisional. Yang bagusnya Mamat Sepah tidak mahu kaitkan sakitnya ini dengan kena buatan daripada orang.
Ramai pihak termasuk orang yang mengubati saya di kampung berkata dia melihat saya seperti sudah terkena buatan orang dan orang itu adalah orang yang paling baik dan rapat dengan saya. Saya tidak mahu mempercayai sepenuhnya jangkaan mereka kerana saya sendiri tidak dapat bezakan orang disekeliling saya sedang bermusuh dengan saya atau tidak.Selama ini, saya bahagia apabila bersama rakan-rakan, cuma saya tidak tahulah jika ada musuh dalam selimut

No comments:

Post a Comment