Monday, 21 November 2011

Kereta terbang berjaya dicipta dan akan dipasarkan


LONDON – Impian untuk memiliki sebuah kereta terbang bakal direalisasikan tidak lama lagi apabila seorang jurutera Jerman berjaya mencipta sebuah kenderaan elektrik yang boleh terbang, E-Volo seberat 80 kilogram yang mampu berada di udara selama 20 minit.

Kenderaan tersebut menggunakan 16 enjin rotor yang dijana oleh bateri litium dan ia dikawal menggunakan alat kawalan serta berupaya berlegar di udara tanpa juruterbang.

Pencipta kenderaan terbabit, Thomas Senkel, yang turut dibantu dua rakannya, berkata, ia mungkin boleh menjadi revolusi kepada industri pengangkutan.

Katanya, ciptaan tersebut boleh digunakan untuk memeriksa laluan paip, sebagai ambulans udara atau mengambil gambar dari udara serta sekadar berseronok.

Malah jelasnya, E-Volo boleh menggantikan fungsi helikopter, sekiranya mereka berjaya membuatkan kenderaan itu terbang lebih lama dan mampu menampung lebih ramai penumpang.

“Ciptaan kami ini lebih mudah untuk dikendalikan berbanding helikopter biasa kerana ia menggunakan kelajuan rotor yang dikawal oleh komputer.

“Juruterbang hanya perlu menggunakan alat kawalan seperti bermain permainan video tanpa memerlukan pengendalian yang kompleks,” katanya.

Malah ia masih boleh mendarat sekiranya empat daripada 16 rotor gagal berfungsi.

Katanya, E-Volo akan diubahsuai menggunakan teknologi yang lebih maju agar berupaya terbang lebih lama. – AGENSI

No comments:

Post a Comment