Tuesday 29 November 2011

Arnold Schwarzenegger Cedera di Set Penggambaran

LONDON: Arnold Schwarzenegger terpaksa menerima rawatan perubatan di set filem beliau The Last Stand setelah tercedera di dahi selepas melakukan satu aksi lagak ngeri dalam filem tersebut pada 17 November lalu.

Pelakon legenda berumur 64 tahun itu terpaksa menerima rawatan perubatan dan penggambaran filemnya telah dihentikan buat seketika.

Schwarzenegger turut memuat naik gambar di laman sembang akaun Twitter miliknya.

"Tercedera di set hari ini, terima kasih kepada kakitangan perubatan yang membolehkan saya kembali berlakon sejam kemudian," tulisnya seperti dipetik dari contactmusic.com.

Bagaimanapun,dia tidak menjelaskan bagaimana kemalangan tersebut berlaku.

Schwarzenegger sedang menjalankan penggambaran filem di Albuquerque, New Mexico dan memeggang watak polis di bandar kecil.

Bintang Hollywood ini kembali ke dunia lakonan selepas meninggalkan melepaskan jawatan Gabenor di California pada Januari lalu.

Sejak memulakan penggambaran filem ini, Schwarzenegger telah sering berinteraksi dengan peminat beliau melalui laman sembang Twiiter. - mStar Online

No comments:

Post a Comment