Tuesday 29 November 2011

Hans Isaac Dan Neelofa Sedang Bercinta?

Hans Isaac Dan Neelofa Menyulam Kasih?
Sebelum ini ada khabar angin mengatakan penerbit, pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac sedang hangat bercinta bersama aktres baru, Nor Neelofa Mohd Noor. Namun masing-masing menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memberitahu rapat atas dasar kerja kerana bergandingan dalam filem “Lemak Kampung Santan”.

Namun kini muncul pula kisah pasangan ini sedang mengenali hati buding masing-masing memandangkan penggambaran filem komedi tersebut sudah pun berakhir beberapa minggu lalu.

Perkara ini telah disahkan oleh Hans sendiri ketika ditemui di tayangan perdana filem arahan Afdlin Shauki, “Misteri Jalan Lama” yang turut menampilkan Hans sebagai peneraju utama di samping Que Haidar.

“Apa yang saya boleh katakan adalah kami sememangnya berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Itu sahaja yang saya boleh berkongsi bersama anda semua kerana saya ingin lebih memfokuskan kepada karier saya,” ujar jejaka kacak berusia 40 tahun ini.

“Walaubagaimanapun sekiranya ada berita baik, saya tidak akan menyembunyikannya. Bagi saya, jika hubungan kami berjalan dengan lancar, baguslah,” akhirinya yang kelihatan gembira apabila berbicara tentang hubungannya itu.

No comments:

Post a Comment