Monday 28 November 2011

'Lelaki hanya mahu harta dan seks daripada saya' - Paris Hilton

Selebriti terkenal, Paris Hilton (gambar) mendedahkan bahawa dia sering dipermainkan oleh kaum lelaki berikutan kekayaan dan popularitinya.

Pelakon filem The Hottie and the Nottie itu berkata, kebanyakan lelaki yang menjalin hubungan dengannya semata-mata kerana ingin harta dan seks.

"Setiap lelaki yang pernah keluar dengan saya hanya mahukan wang atau seks tetapi kebanyakan mereka ingin menumpang populariti saya," katanya.

Bekas kekasih Hilton, Rick Salomon, 40, yang merupakan seorang penerbit filem sebelum ini dilaporkan memperoleh wang jutaan dolar hasil jualan pita rakaman aksi seks mereka di internet.
"Saya mencintai lelaki ini selama tiga tahun tetapi dia mengkhianati saya. Saya membencinya.
"Ia merupakan satu perkara yang menakutkan pernah berlaku kepada saya di mana ia adalah satu penghinaan dan memalukan," katanya.

Selain itu, bekas ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter, pewaris perkapalan di Greece, Paris Latsis dan Stavros Niarchos III turut meninggalkan Hilton selepas menumpang popularitinya untuk menggoda wanita lain.

Bagaimanapun, selebriti berumur 29 tahun itu kini berasa lega apabila menemui cinta dengan lelaki pilihan hatinya iaitu penyanyi Good Charlotte, Benji Madden.
Hilton dilaporkan merancang untuk berkahwin dan memiliki cahaya mata dengan kekasihnya.

No comments:

Post a Comment