Monday, 21 November 2011

Guru Matematik Mengaku Beronani Dalam Kelas Sejak 10 Tahun Lalu


CHICAGO: Seorang guru matematik yang mengaku melakukan onani dalam kelas sejak 10 tahun lalu bakal didakwa di mahkamah selepas dia ditangkap ketika melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah Kristian, kata pendakwa semalam.

Paul LaDuke, 75, bertugas di Sekolah Kristian Schaumburg sejak 26 tahun lalu sehinggalah Jumaat lalu apabila seorang pelajar melihat telatahnya di sebalik podium digunakan guru sekolah berkenaan.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Daerah Cook berkata, pelajar terbabit kemudian melarikan diri untuk meminta pertolongan.

“Ketika mengajar kelas algebra pada jam 10 pagi, LaDuke memakai apron dan duduk di belakang podium sambil melihat pelajarnya menyiapkan tugasan.

“Dia membuka seluar dan mula melancap,” katanya.

Ketika itu ada 13 pelajar dalam kelas LaDuke dan sembilan daripadanya berusia 16 tahun, manakala empat lagi sekurang-kurangnya 17 tahun.

Selepas disoal siasat, LaDuke membuat pengakuan bertulis bahawa dia melakukan perbuatan itu sejak 10 tahun lalu.

Pihak berkuasa berkata, lelaki terbabit juga mengaku berfantasi mengenai pelajar perempuannya ketika beronani.

Hakim membenarkan LaDuke dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000, tetapi pada masa sama melarangnya berhubung dengan mana-mana pelajar atau kakitangan di sekolahnya. – AFP

No comments:

Post a Comment