Tuesday 29 November 2011

Kejutan Puisi Zahiril Buat Shera Menitis Air Mata

Zahiril dan Shera bersanding di Kelab Shah Alam Selangor, malam Ahad. - Foto BRIAN MOH

SHAH ALAM: Pelakon Zahiril Adzim membuat kejutan dengan membaca puisi kepada isteri tersayang, Shera Aiyob di majlis resepsi perkahwinan mereka di Kelab Shah Alam Selangor, di sini, malam Ahad.

Shera yang mendengar bacaan puisi yang diiringi dengan lagu Dirimu Satu nyanyian Ungu lantas menitiskan air mata terharu.

“Saya sangat terkejut dan terlalu gembira sehingga menitiskan air mata,” kata Shera yang anggun memakai gaun rekaan Hatta Dolmat selepas majlis tersebut berakhir.

Puisi Zahiril buat Shera:

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku."

Ana Raffali.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kemunculan penyanyi Ana Raffali yang mendendangkan lagu Teman Jiwa yang baru dicipta pada Ahad dan lagu popularnya Kalau Berpacaran yang dinyanyikan bersama-sama bapa Shera.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan artis seperti Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Syazwan Zulkifli, Johan Asa’ari, Amar Bahrin dan Mas Muharni.

No comments:

Post a Comment