Monday, 1 August 2011

Surat Dalam Botol Dijumpai Setelah 24 Tahun Terapung Di Lautan


Daniil Korotkikh dengan mesej dalam botol yang dijumpainya

Moscow - Hampir suku abad dahulu selepas seorang budak German , membuang mesejnya kedalam laut Baltic, bulan March 2011 barulah dia mendapat jawapannya.

Daniil Korotkikh, 13 tahun, seorang budak Russia, sedang bersiar-siar bersama mak dan bapaknya di tepi pantai. Tiba-tiba dia terpandang suatu benda bersinar-sinar di tepi pantai.  Lantas dia pun mengutip botol itu. 

"Saya nampak botol itu, dan nampak macam menarik jer .. " kata Korotkikh pada sidang akhbar.
Nampak macam botol beer jer.. botol beer German, pastu saya nampak ada kertas dalam tuh...." sambungnya lagi.

Mesej itu dibalut dengan selotep dan kain bandage.
Bapak Korotkikh , yang serba sedikit tahu bahasa German cuba mentafsirkan apa yang ditulis di dalam mesej itu.. 


Mesej itu berbunyi :


" Nama saya Frank. Saya berumur 5 tahun. Saya dan bapak saya tengah naik kapal ni.. Kami nak ke Denmark. Kalau sesiapa jumpak surat ni, sila lah tulis surat  kepada saya, saya akan balas balik surat kamu tuh ... "

Surat yang bertahun 1987 tu, turut mengandungi alamat yang beralamat di pekan Coesfeld.
Budak German,  Frank Uesbeck sekarang ini berumur 29 tahun, ibu-bapanya masih menetap di alamat tu.

" Aku ...aku... aku macam tak percaya .." kata Frank kepada pemberita tentang respon Korotkikh terhadap mesejnya 24 tahun yg lalu. Dia pun dah tak ingat dah trip dia dengan bapak dia 24 tahun dulu. Padahal bapak dia yang tulis surat tu.. dia tak reti lagi menulis sangat.. iye lah baru umur 5 tahun time tu.. tulisan pun cakar ayam jer..

Frank telah memberi Korotkikh alamatnya yg baru, dan Frank berjanji akan membalas balik surat dari Korotkikh itu... 

No comments:

Post a Comment