ZhongBao pada usia dua tahun telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya. Jadi, ayah kandungnya mencari seorang ibu tiri melalui internet dan mereka kemudiannya berkahwin. Disebabkan ayahnya sibuk bekerja, ZhongBao akan tinggal bersama dengan ibu tirinya yang setiap hari memukulnya. ZhongBao akan menjerit "Wanita gemuk itu memukul saya dan dia selalu menggunakan KUALI untuk memukul saya".
Sebelum ini, ZhongBao tinggal bersama datuk dan neneknya tetapi selepas ayahnya kahwin baru, dia dihantar untuk tinggal bersama ayahnya. Tetapi selepas 40 hari bersama keluarga baru ini, ZhongBao hampir kehilangan nyawanya kerana kepalanya dipukul setiap hari. Selepas insiden ini, ayah dan ibu tirnya tak ingin menghantar anaknya untuk sebarang rawatan tetapi datuk dan neneknya kemudiannya menyeru agar dia dihantar ke hospital. Selepas, ZhongBao beransur pulih, ayah dan ibu tirinya kemudianya melarikan diri kerana mereka tak ingin menanggung kesalahan mereka itu.
Tetapi selepas ZhongBao sedar diri, dia menyatakan ibu tirinya yang memukulnya. Tetapi polis tak dapat menolongnya atau membuka satu kes fail kerana dia baru berusia 4 Tahun. Budak terlalu muda dan sukar dipercayai. Tetapi selepas dua hari atas baik hati polis di sana, mereka membuka satu kes fail untuk membantu ZhongBAo. Semoga ibu tirinya itu ditangkap kerana melakukan perkara "binatang" sebegini kepada anak tirinya.
ZhongBao kini kehilangan sebanyak 12x10cm pada tengkorak kepalanya. Sel otak pada sebelah kanan hampir mati keseluruhannya. Jadi kini dia mempunyai kesukaran untuk menggunakan sebelah kirinya seperti tangan dan kakinya. Dia hanya mampu bergerak menggunakan tangan dan kaki kanannya. Datuk dan Neneknya tak ingin menerima sebarang sumbangan wang kepadanya kerana mereka menyataka ini masalah keluarga, mereka tak ingin susahkan orang lain.
No comments:
Post a Comment