Malang benar nasib seorang lelaki di Kentucky, Amerika Syarikat yang datang ke sebuah hospital untuk minta disunat. Doktor yang menyunat menemukan kanser ganas di balik kulit yang menutupi kepala zakar dan terpaksa dibuang.
Philip Seaton, pemandu trak berusia 46 tahun datang ke sebuah hospital di Kentucky pada Oktober 2007. Ia datang dengan keluhan radang atau inflamasi di kemaluan, lalu minta disunatkan agar alat kelakiannya jadi lebih mudah dibersihkan.
Namun ketika Dr Petterson menyayat kulit kemaluan yang menutupi kepala penis Seaton, yang ditemui bukannya radang melainkan rangkaian dengan pertumbuhan tidak normal. Dr Petterson menggambarkan keadaan itu sangat parah dan sudah menyerupai kobis yang membusuk.
Dr Petterson dan pasukannya mendiagnosis keadaan ini sebagai karsinoma sel skuamosa, sejenis kanser ganas yang biasanya menyerang permukaan kulit. Satu-satunya cara untuk mencegah persebaran sel kanker ke organ lain adalah sesegera mungkin membuang kemaluan Seaton.
"Yang saya lihat ketika itu bukan penis melainkan kanser. Saya lakukan pemotongan kerana saya fikir inilah cara paling tepat untuk menyelamatkan Seaton," ungkap Dr Petterson, seperti dikutip dari WDRB, Selasa (23/8/2011).
Akhirnya operasi yang tadinya hanya bertujuan untuk menyunat kulit kemaluan berakhir dengan pembuangan sebahagian, yakni menghilangkan bahagian kepala zakar yang sudah dijangkiti kanser. Pilihan yang sukar bagi doktor, namun harus dilakukan untuk menyelamatkan Seaton.
Sayangnya Dr Petterson melakukan kesalahan asasi dalam tindakan penyelamatan tersebut. Ia tidak memberitahu kepada Seaton atau keluarganya, terkait impak yang akan ditimbulkan termasuk hilangnya sebagian dari alat kelakian Seaton.
Seaton yang ketika terjaga mendapati alat kelaminnya sudah terpotong dan beliau tidak boleh terima, lalu membawa masalah ini ke mahkamah. Kes yang sudah terjadi 4 tahun lalu itu baru muncul ke media ketika kesnya mula didengar beberapa hari yang lalu.
No comments:
Post a Comment