Wednesday, 31 August 2011

[Video] Azwan Ali Mohon Maaf Kepada Didie Alias


Antara paparan hangat Melodi Ahad lalu adalah isu perang mulut Azwan Ali dan bekas rakan pengacaranya dalam program 'Tiada Lama Tiada Baharu', Didie Alias di Twitter. Buat mereka yang belum sempat menonton episod tersebut, anda boleh menyaksikannya di sini.

Semuanya tercetus pada 18 Ogos lepas apabila Azwan menulis di Twitternya,

"Slm. Ter tengok Satu Game show kat TV? Kenapa 2 hos dah macam 2 ekor chimpazi ter lepas ? Kesiannnn sungguh production itew"

"Slm. 2 chimpazi di TV ! Sekor yg tak larat tu? Boleh maaf lagi ! Sekor yg dok mengawan konon Top? Padan ler  ter kinja hilang etika"


Didie kemudiannya membalas dengan

"Don't try me manusia yg tengah elok dibulan mulia jgn dipanaskan,mak bapak aku manusia yg melahirkan bkn binatang,plz note that tq"

"Salam subuh kpd all my follower,ari nie mak hayam terbaca ade cer panas,alhamdullilah,mudah2an tuhan balas di tanah suci amin"


'Back and forth' Azwan dan Didie bertikam lidah di hadapan pengikut Twitter mereka. Persengketaan di antara kedua-dua pengacara terkenal ini tidak menampakkan penghujungnya meskipun ketika Azwan ditemubual wartawan Melodi.

                   
                   Kredit gambar: runwitme.blogspot.com

Namun begitu, perasaan amarah Azwan nampaknya sudah reda sepenuhnya apabila sempat meminta maaf kepada Didie sebelum keberangkatannya ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 21 Ogos lepas. Rakaman dibuat Ajami Hashim dan telah dimuatnaik ke blognya.




Kata Azwan, "Saya memohon jutaan maaf buat kesekian kalinya kepada rakan-rakan media, kesemua artis termasuk Didie Alias dan semua yang tidak akan memaafkan saya."

Rakaman 10 minit itu turut melihat Ajami bertanyakan soalan yang kerap bermain di fikiran ramai - walaupun sudah beberapa kali mengerjakan umrah tetapi tiada perubahan ketara yang kelihatan pada diri Azwan.

Penjelasan Azwan: "Saya dah banyak berubah tapi orang tak berapa nampak. Tapi dalam keadaan sekarang, dan sampai satu peringkat, Azwan dah 'surrender'...'surrender' apa org nak cakap.

"Untuk kali ketiga kita tengok. Dah pergi 2 kali Tuhan terus menguji Azwan Ali. Saya ambil iktibar n harap pemergian kali ketiga, there's a 'miracle', keajaiban ... kebesaran Allah yg akan merubah segalanya.

"Tapi kita tengok je lah, mungkin saya tetap macam ni, seorang yang kecoh, bising tapi ... udah-udahlah tu Azwan Ali, minta-mintalah, doakanlah kali ketiga Azwan Ali balik memang jauh berubah."

No comments:

Post a Comment