Malang bagi pemilik Titanic II apabila botnya telah tenggelam seperti mana kapal Titanic tenggelam. Seperti kapal titanic tenggelam, samalah kepada bot yang dimiliki oleh Mark Wilkinson apabila botnya telah tenggelam ke dalam laut.
Namun begitu, Tetanic II nama bot yang diberikan oleh pemiliknya tidak mengalami nasib yang sama seperti kapal Titanic yang mana telah karam dan menjadi terumbu karang bagi hidupan laut telah berjaya ditarik keluar oleh pengawal keselamatan air tersebut. Kejadian yang berlaku di pelabuhan West Bay di Dorset. Menurut Wilkinson, “Jika tidak kerana pihak harbour master (yang menarik botnya keluar), sudah pasti kapalnya akan keram seperti kapal Titanic. Ia cukup memalukan saya dan ramai yang bertanyakan kepada saya adakah saya melanggar iceberg?”
Pekerja kabin tersebut yang telah membeli kapal terpakai itu yang berharga 1000 pound sterling dengan menariknya dari rumahnya ke Birmingham ke pantai untuk pertama kali menggunakannya. Semasa gembira memancing di kawasan tersebut, bot tersebut tiba-tiba di dapati mengalami kebocoran dalaman seluas 15cm dan merosakkan gentian kaca. Walaupun Wilkinson telah mengepam air keluar dari kapal tersebut, tetapi kebocoran tersebut menjadi semakin melebar dan memaksanya untuk meninggalkan botnya dan botnya itu terus tenggelam seperti yang terjadi pada kapal Titanic.
Menurut mereka yang menyaksikan kejadian tersebut “Itu bukanlah sebuah kapal yang besar, dengan ice kiub yang kecil pun boleh menenggelamkan kapal itu”
No comments:
Post a Comment