Sunday, 28 August 2011

Ayah Ajar Gadis 7 Tahun Pukul Sepupu Lelaki


001aa018f83f0f88e74008 Ayah Ajar Gadis 7 Tahun Pukul Sepupu Lelaki
Sebuah video seorang gadis kecil yang menganiaya sepupunya kini sedang hangat diperbincangkan di dunia maya.
Ini kerana, di dalam video tersebut, gadis cilik tersebut menyeksa dan memukul sepupu lelakinya atas dorongan ayah gadis cilik tersebut.
Video tersebut diambil pada hari Isnin oleh sang ayah, Lan Jianguo, di Kota Cangzhou, Wilayah Hebei, China Utara.
violence02 thumb Ayah Ajar Gadis 7 Tahun Pukul Sepupu Lelakiviolence03 thumb Ayah Ajar Gadis 7 Tahun Pukul Sepupu Lelakiviolence05 thumb Ayah Ajar Gadis 7 Tahun Pukul Sepupu Lelaki
Di dalam video tersebut, si gadis mendorong sepupunya dan memijak-mijaknya semasa terjatuh di tanah, sementara Lan berdiri di samping anak perempuannya mengambil gambar sambil mendorong kedua-duanya untuk terus berkelahi.
Ketika kejadian, seorang wanita cuba untuk menghentikan pergaduhan tersebut, Lan melarangnya dan memberitahu bahawa ini adalah perkara biasa.
Menurut China Daily, Kamis lalu, Lan mengatakan bahawa dia ingin mengajar anak saudara lelakinya itu agar mampu mempertahankan harga dirinya. Dia melaksanakan undang-undang pilihan pilihannya sendiri.
violence06 thumb Ayah Ajar Gadis 7 Tahun Pukul Sepupu Lelakiviolence07 thumb Ayah Ajar Gadis 7 Tahun Pukul Sepupu Lelakiviolence08 thumb Ayah Ajar Gadis 7 Tahun Pukul Sepupu Lelakiviolence09 thumb Ayah Ajar Gadis 7 Tahun Pukul Sepupu Lelaki
Dia menceritakan pengalamannya pada masa dahulu sering dibuli semasa kecil, akhirnya dia mengalami kesukaran di dalam kerjayanya.
Amat mengejutkan, ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut, yang merupakan kakak Lan, tidak mengendahkan perkelahian itu. Dia bersetuju dengan kaedah yang diajarkan oleh lan terhadap anak lelakinya agar tidak menjadi pengecut. 

No comments:

Post a Comment