Lee Jin Gyu, lelaki Korea dikatakan telah berkahwin dengan ‘dakimakura’nya; bantal peluk besar daripada Jepun dan memiliki gambar anime dicetak di wajah bantal tersebut.
Bantal tercinta yang memiliki wajah Fate Testarossa, dalam siri anime ‘magical girl’ yang di cipta oleh Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.
Sekarang “otaku” (istilah Jepun yang secara kasar diterjemahkan kepada mereka yang ‘obsesif’ dan ‘nerd’) 28 tahun telah berkahwin dengan bantal dalam sebuah upacara khusus dan perkahwinan mereka telah dirakamkan oleh media tempatan.
“Dia benar-benar obsesi dengan bantal ini dan membawanya di mana-mana,” kata seorang teman.
“Mereka pergi ke taman atau taman hiburan di mana dia akan pergi kemana-mana sahaja dengan bantal tersebut,” kata kawannya.

Perkahwinan dengan bantal ini bukan pertama kali berlaku di Jepun. Pada November lepas, seorang lelaki juga turut berkahwin dengan bantalnya yang memiliki wajah Nene Anegasaki, watak perempuan dalam permainan Nintendo DS Love Plus.
p/s: Makin maju dunia ni, makin ramai orang dah gila tapi tidak diambil peduli oleh masyarakat dan yang peliknya, terus menyokong perbuatan yang pelik itu…aduhai rakyat Jepun.
No comments:
Post a Comment