Gara-gara memiliki ekor, seorang lelaki diagungkan oleh ramai orang. Beribu-ribu orang rela menemui lelaki tersebut untuk menyembahnya kerana mempunyai ekor sepanjang 33 cm.
Lelaki berekor tersebut bernama Chandre Oram yang berasal daripada Alipurduar, West Bengal, India. Kerana punggungnya itu, para penganut agama Hindu menganggap dia sebagai kelahiran semula tuhan mereka Hanoman.
Demikian seperti diberitakan media tempatan, Press Trust of India dan dipetik daripada Ananova. Hebatnya lagi, Oram juga suka memanjat pokok dan makan pisang.
“Mereka menaruh banyak kepercayaan pada saya. Mereka juga dikatakan sembuh dari penyakit-penyakit parah ketika menyentuh ekor saya. Saya yakin saya boleh buat banyak kebajikan bagi mereka yang datang kepada saya dengan keyakinan,” kata Oram.
Namun Oram tetap manusia biasa. Ekornya itu juga mendatangkan masalah baginya. Apatah lagi kalau mengenai cinta.
“Hampir 20 wanita telah menolak lamaran saya untuk berkahwin. Pada mulanya mereka melihat saya kemudian bersetuju, tapi kemudian menolak saya apabila mereka melihat ekor saya dan terus pergi,” keluh Oram.
Namun Oram tidak putus asa. Dia pasrah jika sepanjang hidupnya dia harus mengalami dua perkara sekaligus iaitu dipuja dan dihina.
“Saya telah memutuskan untuk berkahwin dengan perempuan yang boleh menerima saya serta ekor saya. Jika tidak, saya akan terus hidup bujang seperti Hanoman,” tegas lelaki India itu.
Beberapa doktor sebenarnya telah menawarkan bantuan untuk menghilangkan ekor Oram tersebut. Namun dia menolaknya.
No comments:
Post a Comment