Saturday, 27 August 2011

Wang bukan Segala-galanya - Samir Nasri



NASRI menafikan perpindahannya ke City adalah disebabkan faktor kewangan.


LONDON - Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Red- knapp menjelaskan bahawa penghijrahan pemain sayap Arsenal, Samir Nasri ke Manchester City semata-mata kerana wang.
Pemain baharu City itu menegaskan baru-baru ini bahawa dia menyertai skuad kendalian Roberto Mancini bukan disebabkan faktor wang, namun Redknapp tidak mempercayai alasan tersebut.
Pemain antarabangsa Perancis itu dikatakan menerima gaji £175,000 (RM853,981) seminggu sebaik melengkapkan perpindahannya ke Eastland dengan nilai perpindahan £24 juta (RM117 juta).
Pemain yang berusia 24 tahun itu naik angin selepas dia dilabel sebagai mementingkan wang berbanding trofi.
Nasri menolak dakwaan itu sambil berkata: "Wang bukan faktor yang sebenarnya. Saya tidak boleh menghalang pemikiran orang lain (berfikir tentang saya).
"Saya tahu pilihan saya. Semuanya kerana bola sepak dan kita akan menyaksikan pasukan kami bakal mengecapi kejayaan musim ini.
"Semua orang yang menuduh saya lebih mementingkan wang daripada trofi sebenarnya silap."
Namun bagi pengurus Spurs, Redknapp yang bakal bertemu dengan City hari ini mengejek kenyataan Nasri itu.
Katanya: "Saya langsung tidak percaya (dengan alasan Nasri). Dia boleh berhijrah ke Manchester United (jika inginkan kejuaraan) dan dia sendiri mendedahkan mahu beraksi bersama United berdasarkan apa yang saya dengar selama ini.
"Namun City mengemukakan tawaran wang lebih lumayan dan tanpa ragu-ragu, dia memilih City. City hanya kelab mewah bukan kelab besar. United merupakan kelab England yang besar, malah mereka (City) tidak mempu- nyai tradisi itu seperti Arse- nal, Liverpool dan United.
"City berkuasa kerana mampu membayar gaji seba- gaimana yang dituntut oleh pemain," ujarnya.
- Agensi

No comments:

Post a Comment