Lelaki dari Denver, Amerika Syarikat ini mengambil tindakan nekad akibat tidak mahu pergi kerja dengan menikam dirinya dengan pisau, kemudian mendakwa bahawa ianya telah dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang menyerangnya.
Polis melancarkan pemburuan dengan anjing mencari penyerang, tetapi menjadi curiga selepas melihat rakaman kamera CCTV dari luar sebuah kedai berhampiran tempat Siebers mengatakan dia ditikam.
Siebers, yang mempunyai luka yang parah di kakinya, dibawa ke Rumah Sakit St Anthony di Denver selepas dia melaporkan insiden tersebut.
Satu rakaman cctv ketika dia turun dari bas dekat kedai Blockbuster di mana dia tidak cedera. Rakaman lain menunjukkan tidak ada serangan seperti yang digambarkan di tempat kejadian.
Setelah dia dikeluarkan dari rumah sakit, dia mengaku bahawa dia datang dengan tipu muslihat kerana dia tidak mahu pergi bekerja.
Siebers telah didakwa membuat laporan palsu dan menganggu pihak polis.
p/s: Haiya ini macam olang pun ada atas muka bumi ini…
No comments:
Post a Comment