Seorang ayah telah merantai anak lelakinya yang berusia lapan tahun pada sebuah tiang lampu dan cuba melelong anaknya kepada orang awam.
Yong Tsui menawarkan anaknya yang dalam keadaan ketakutan sebagai seorang hamba abdi kerana beliau mahu lepas daripada menyaranya.
Dia memasang sebuah meja
Tetapi apabila pembida-pembida mula bertanyakan berapa banyakkah budak lelaki ini makan dalam sehari, pemerhati yang marah mula menyerang bapa kanak-kanak malang itu.
Budak lelaki itu kini di bawah penjagaan pihak Polis di Wuhan, China.
Yong berkata ibu budak lelaki itu telah mati tiga tahun yang lalu dan dia tidak mampu untuk menjaganya.
Seorang pegawai berkata: "Bapanya tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tidak menpunyai tempat tinggal dan wang. Dia kata dia menjual anaknya bukan kerana wang tetapi hanya untuk mencari tempat tinggal bagi anaknya itu."
Yong juga berkata dia terpengaruh dengan berita seorang kanak-kanak Cina berumur dua tahun yang berada dalam penjagaan pihak berkuasa selepas ibu bapanya merantai anaknya ketika mereka bekerja.
Sumber : The Sun


No comments:
Post a Comment