Friday, 26 August 2011

Budak Hilang Jari Angkara Eksperimen Mercun



WAN MOHD. ZAKUAN putus empat jari kiri selepas mercun buatan sendiri meletup di Kampung Geting, Tumpatdan menerima rawatan di HPRZ II semalam


KOTA BAHRU - Gara-gara ingin melakukan eksperimen bagaikan seorang saintis, seorang murid tahun enam hilang empat jari tangan kiri selepas mercun buatan sendirinya tiba-tiba meletup.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, Wan Mohd. Zakuan Wan Zadrim, 12, yang tinggal sendirian di rumahnya di Kampung Dalam Rhu, Tumpat cuba menghasilkan mercun buatan sendiri.
Ketika itu, ibunya, Saerah Samad, 42, keluar bekerja.
Menurut Wan Zakuan, ketika kejadian, dia cuba membuat mercun dengan menggunakan besi antena televisyen dan belerang.
“Saya tengok ada budak yang buat mercun macam itu, sebab itu saya cuba. Saya potong antena dan masukkan belerang ke dalamnya.
“Belerang tersebut saya dapat dari mercun ketupat dan bunga api. Saya isi belerang di dalam antena yang dipotong dan ketika saya cuba mengetuk kedua-dua hujung besi antena itu, tiba-tiba ia meletup,” katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment