Friday 9 March 2012

Model yang digunakan oleh polis ini rupanya seorang pencuri


Sebahagian dari poster rekruitment polis yang tersebar di Hamburg, Jerman, terpaksa dicabut setelah seseorang mengenali wajah seorang modelnya sebagai seorang pencuri.


Poster kempen rekruitment anggota polis yang disebar oleh polis Hamburg mendapat sorotan media. Kerana salah seorang model dalam kempennya bernilai 50 ribu euro itu dilaporkan seorang warga sebagai orang yang mencuri wangnya pada bulan Ogos lalu.


Tertuduh adalah salah seorang dari empat model profesional yang menjadi model anggota polis berseragam lengkap dalam poster-poster tersebut. Meskipun ia membantah segala tuduhan yang ia terima, polis bergerak cepat dengan menanggalkan sebahagian poster yang menampilkan dirinya.


Menurut juru bicara polis setempat Mirko Streiber, tuduhan wang yang dicuri oleh model tersebut terbilang sedikit, dan mereka saat ini sedang mencari seorang model yang baru.


No comments:

Post a Comment