Tuesday 27 March 2012

Rumah Mawi Dirompak Pagi Tadi


Berita mengejutkan! Kediaman penyanyi popular, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi telah dirompak dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, Mawi berada di rumah bersama isteri, anak dan ibu mertuanya.

Untuk pengetahuan semua isteri Mawi, Ekin sekarang ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari 2012 yang lalu. Manakala ibu mertua Mawi telah tinggal bersama untuk menjaga Ekin yang didalam pantang.

Berdasarkan laporan berita yang disiarkan Buletin 1.30, Mawi dan ahli keluarganya telah diikat dan barangan bernilai RM10,000 telah dilarikan perompak tersebut.

Sehingga kini masih belum ada lagi kenyataan rasmi daripada Mawi berhubung insiden tersebut.

No comments:

Post a Comment