Saturday 24 March 2012

Faezah Elai Mahu Terkencing Ditanya Gosip



KUALA LUMPUR – Pelakon filem Jidin Sengal, Faezah Elai tanpa segan silu berterus terang dan meminta izin daripada pengerusi majlis untuk bergegas ke tandas apabila dia tidak dapat menahan untuk membuang air kecil pada sidang akhbar filem itu di sini baru-baru ini.

“Minta maaf semua, saya terpaksa pergi ke tandas sekarang ini juga. Saya sudah tidak dapat untuk menahannya lagi (untuk membuang air kecil),” ujar Faezah pada sidang akhbar di dalam pawagam Cathay, Mutiara Damansara selepas pratonton filem genre komedi lakonannya itu.

Pada sidang akhbar Jidin Sengal terbitan Out Loud Studios Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Esmi Zahara itu, ia turut dihadiri para pelakon utama filem itu seperti Along Charm, Angah Raja Lawak, Zack Diamond, Azrul Raja Lawak dan tenaga produksi syarikat penerbitan terbabit.

Sebelum bergegas ke tandas, Faezah yang baru mendirikan rumahtangga pada tahun lalu diajukan sebuah soalan ‘panas’ oleh seorang wartawan Berita Harian, Farihad Shalla Mahmud, tentang salah satu adegan lakonannya dalam filem itu yang seolah-olah tentang dirinya.

Dalam adegan filem Jidin Sengal itu, watak lakonan Faezah yang digambarkan sebagai seorang artis wanita glamor tetapi bertindak sebagai perampas kekasih atau suami orang seakan-akan menggambarkan realiti dunia artis yang penuh dengan cerita-cerita hangat seperti itu.

“Itu saya tidak tahu. Ini kerana, saya menjalani penggambaran filem ini pada bulan Februari 2011 dan gosip panas itu tiada kaitan dengan diri saya. Saya terkejut apabila adegan cerita itu dikatakan ada kaitan dengan diri saya,” komen Faezah ringkas sebelum bergegas ke tandas pada majlis itu. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment