Saturday 24 March 2012

Pelajar Sekolah Tawar Seks Untuk Gugur Kandungan

Pelajar Sekolah Tawar Seks Untuk Gugur Kandungan

KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan ‘terpaksa’ menawarkan khidmat seks bagi mengumpul sejumlah wang untuk membiayai kos membeli pil menggugurkan kandungan setelah kekasihnya bersikap lepas tangan terhadap masalah yang dihadapinya itu.

Pelajar tersebut yang hanya dikenali sebagai Shasha memberitahu media Sinar Harian bahawa dia telah menjual tubuhnya kepada beberapa orang kenalan lelaki dengan bayaran RM100 untuk setiap kali bersama.

“Untuk mendapatkan pil menggugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal.

“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.

“Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya,” katanya yang dipetik dari media online berkenaan hari ini.

Ekoran insiden tersebut Shasha mengaku serik untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki dan telah beralih arah untuk terjebak dengan percintaan sama jenis atau lesbian.

Menurut Shasha lagi, dia menyembunyikan hubungan sama jenis tersebut dari pengetahuan keluarga memandangkan kekasihnya, Faiz, akan datang tidur dirumahnya pada setiap hujung minggu.

“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki.

“Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.

“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya lagi. – Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment