Monday 26 March 2012

Sifat dan Perangai Wanita Ditafsir Mengikut Bentuk Payudara

Seorang pakar penyelidik tentang sosiologi manusia di Rome, Itali menarik perhatian ramai pihak apabila mendakwa beliau mampu mengetahui sifat dan perangai wanita menerusi bentuk dan saiz payudara mereka.


Yang melucukan, pakar tersebut, Pieor Lorenzoni, mengklasifikasikan payudara wanita mengikut kategori buah-buahan seperti tembikai, nenas, pear dan sebagainya.

Menurut laporan akhbar Jerman, Bild, Lorenzoni turut memberikan tips dan panduan kepada golongan lelaki untuk mengetahui sifat sebenar wanita idaman mereka melalui ‘keistimewaan’ beliau itu.


Berikut adalah sifat dan perangai wanita mengikut kategori payudara sebagaimana yang dimaksudkan pakar dari Itali itu;

1. Tembikai : Wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh.

“Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.


2. Lemon : Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara.

“Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya lagi.


3. Nenas : Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik.

“Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” jelas pakar itu.


4. Limau : Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik.

“Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah.

“Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni mengenai teorinya itu.


5. Oren : Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks.


6. Ceri : Wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.


7. Pear : Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama.

Tetapi, agak pelik apabila beliau menyatakan bahawa kebanyakan wanita dari kategori ini juga didapati kerap menduakan suami.


Biar apa pun, ia adalah sekadar teori pakar yang tidak dapat dipastikan kebenarannya oleh pakar-pakar sains dunia memandangkan ia terlalu subjektif dan dilihat lebih sebagai cubaan mencetus kontroversi mempopularkan diri pakar tersebut.

Meskipun ada juga yang percaya kepada teori tersebut, anda khususnya lelaki dinasihatkan agar tidak menjadikannya sebagai panduan untuk sewenang-wenangnya mengandaikan sifat dan perbadi wanita sebagaimana yang dinyatakan Lorenzoni.




Sumber

No comments:

Post a Comment