Sunday 6 November 2011

Guru ini galakkan hubungan lesbian pada pelajar

BRISBANE - Seorang guru pendidikan yang juga pemain ragbi kebangsaan yang menggalakkan gadis-gadis supaya melakukan hubungan lesbian ketika bertugas dilarang daripada berinteraksi dengan pemain remaja atau kanak-kanak.

Kesatuan Ragbi Australia (ARU) menyatakan satu siasatan dilakukan ke atas guru itu, Tricia Brown (gambar), 31, selepas dia mengadakan hubungan seksual dengan dua orang pelajar Tahun 12 di sebuah sekolah awam dan swasta Brisbane.

"Setelah diteliti, ARU mengambil keputusan untuk tidak melarang Tricia daripada bermain dengan pasukan kebangsaan. "Namun, dia tidak dibenarkan melatih atau terlibat secara rasmi dengan pemain ragbi berusia bawah 18 tahun," kata jurucakap ARU, Peter Jenkins.
Namun, dia boleh memohon semula untuk menjadi guru pendidikan jasmani selepas lima tahun larangan tersebut dikuatkuasa.

Dokumen-dokumen Guru-guru Kolej Queensland menunjukkan Brown membawa sekurang-kurangnya seorang pelajar bawah umur ke kelab-kelab malam gay dengan menggunakan kad pengenalan palsu.
Dia juga memberi hadiah dan gambar-gambar menghairahkan dirinya di dalam bilik tidur kepada pelajar bawah umur.

No comments:

Post a Comment