Sunday 6 November 2011

Seluar dalam ini berharga RM389,083

SINGAPURA - Sehelai seluar dalam bernilai AS$122,000 (RM389,083) yang dihiasi berlian mencuri tumpuan umum pada pertunjukan fesyen pakaian dalam wanita di Singapura.

Pakaian dalam mewah jenama Triumph bertatah 518 butir berlian 30 karat itu dihiasi pada bahagian depan celana bercorak flora serta 27 jumbai emas putih.
Seorang model dari Romania, Danielle Luminita diberikan pengiktirafan untuk memperagakan pakaian dalam tersebut bersama-sama dua model lelaki.
"Ia sangat selesa, tidak berat atau gatal atau sebagainya," katanya.

Jurucakap Triumph International, iaitu pengeluar pakaian dalam itu berkata, ia perlu dicuci sebelum dipamerkan.

No comments:

Post a Comment