Sunday, 6 November 2011

Gila, gadis 21 tahun ini menelan 50 kondom kokain

BOSTON - Seorang gadis berusia 21 tahun, Luisa Y. Gil menelan 50 kondom mengandungi kokain seberat setengah kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston.
Gadis itu ditangkap oleh polis selepas dia tiba dari Republik Dominica.

Dia ditangkap selepas beberapa anggota kastam menyoalnya ekoran gelagatnya yang mencurigakan kerana dia akan balik ke negara asalnya pada hari ketibaannya di AS.
Luisa mengaku kepada polis bahawa dia menelan 50 kondom mengandungi kokain. Dia kemudian dihantar ke sebuah hospital dan 50 kondom kokain itu berjaya dikeluarkan dari perutnya.

Nilai kokain itu dianggarkan AS$50,000 (RM151,724). Menurut Luisa kepada polis, dia diupah AS$2,000 (RM6,069) untuk membawa kokain itu ke Amerika Syarikat.
Gadis itu berdepan dakwaan melakukan penyeludupan dan diikat jamin sebanyak AS$200,000 (RM606,899). Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara minimum 15 tahun

No comments:

Post a Comment