Sunday 6 November 2011

Perompak tak jadi merompak setelah mangsa menggunakan kostum pahlawan

EDINBURGH - Seorang ahli perniagaan, Torvald Alexander yang memakai kostum dewa guruh berjaya menyebabkan seorang perompak takut dan melarikan diri dari rumahnya di Inverleith, Edinburgh.

Perompak tersebut bertindak melompat dari tingkap rumah setelah melihat Alexander yang memakai kostum itu muncul secara tiba-tiba.
Ketika kejadian, Alexander yang berumur 39 tahun baru memasuki rumahnya selepas pulang daripada menghadiri parti pakaian beragam.

"Kami berdua terkejut tetapi tindak balas segera yang saya lakukan ialah berlari ke arahnya manakala perompak itu melompat keluar dari tingkap," katanya.
Menurutnya, dia percaya kostum pakaian yang dipakainya menyebabkan perompak itu melarikan diri.

Perompak itu tidak sempat mencuri barangan tetapi dia tertinggal kasut dan sebatang pencakar rumput yang digunakan untuk memecah masuk rumah Alexander.
Alexander membuat sendiri pakaian beragamnya itu selepas membaca komik berkaitan dengan dewa guruh.

Menurutnya, dia akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

No comments:

Post a Comment