Sunday 20 November 2011

Gadis Tawarkan Seks Demi iPhone 4S


Ramai yang tergila-gila untuk mendapatkan gadget baru keluaran Apple iaitu iPhone 4S. Berita terbaru dari Negara China mengatakan seorang pelajar di wilayah Nanjing bersedia memberikan perkhidmatan seks pada seorang lelaki, bagi mendapatkan ganjaran iPhone 4S.

Dalam perbincangan dalam talian di laman rangkaian sosial QQ yang telah bocor ke pengetahuan awam, pada mulanya gadis yang menyebut dirinya sebagai ‘lovemelo’ menawarkan oral seks kepada seorang lelaki agar diberi sebuah iPhone 4S. Namun lelaki tersebut menolak permintaannya.

Tidak mahu menyerah begitu saja, gadis tersebut kemudiannya menawarkan diri untuk melakukan hubungan intim. Malah dia sanggup melayani lelaki tersebut selama 5 malam berturut-turut jika lelaki tersebut memenuhi permintaannya.

“Kamu boleh lakukan semua yang kamu inginkan. Atau saya boleh menghabiskan masa berbulan-bulan bersama kamu. Kamu hanya perlu membelikanku iPhone sahaja,” demikian seperti yang tertulis dalam perbualan mereka.

Seperti dipetik melalui Asia One, terdapat media di China berjaya mendapatkan nombor telefon dan imej gadis tersebut. Namun gadis tersebut terasa seperti dimalukan dan membantah bahawa apa yang dilakukannya adalah perkara biasa sahaja.

“Ada ia salah? Orang lain juga memperdagangkan seks untuk barang-barang mahal,” protesnya.

Sebelum ini, seorang gadis di China juga menawarkan kegadisannya untuk ditukar dengan iPhone 4. Ada juga yang ingin menjual buah pinggang agar boleh membeli iPad 2.

No comments:

Post a Comment