Sunday 20 November 2011

Dulu wanita ini penari tiang bogel, kini jadi peguam

Seorang bekas penari tarian tiang, Victoria Andrews kini menceburi bidang baru dengan menjalani latihan untuk menjadi peguam.

Victoria yang berumur 32 tahun membuka kelab tarian tiang pada 2005 selepas empat tahun menjadi penari tiang iaitu salah satu cabang tarian bogel.
Dia akan mengambil ujian undang-undang yang dikendalikan oleh Institut Eksekutif Undang-Undang di Britain.

"Apabila saya menari, saya kerap berasa kekurangan latar belakang akademik.
"Undang-undang ialah bidang yang saya minati," katanya yang mendedahkan dia boleh memperoleh pendapatan £400 (RM2,089) satu malam jika menjadi penari tiang.
Menurutnya, dia turut mengalami kejutan kerana terpaksa kembali belajar dan melakukan kerja rumah tetapi menegaskan: "Saya seronok melakukannya."

Victoria berkata, dia mungkin menjual kelab tarian tiang atau mengupah seorang pengurus untuk mengendalikannya selepas memperoleh kerja sebagai peguam.

No comments:

Post a Comment