Sunday 20 November 2011

Arkeologi Temui Makam ‘Zombie’ Di Ireland


Para arkeologi telah menemui makam ‘zombie’ di kawasan Roscommon, Ireland, yang berasal dari abad ke-8.

Penemuan ini dilakukan oleh pasukan dari Institute of Technology Sligo, yang mendapati bahawa tengkorak-tengkorak di makam tersebut mulutnya dimasukkan batu agar (menurut kepercayaan tempatan) menghalang mereka untuk bangkit kembali.

Menurut arkeologi Chris Read, yang memimpin penggalian tersebut, kubur mengerikan tersebut menunjukkan perlakuan khas terhadap mayat-mayat yang ditanam dengan alasan bahawa jasad tersebut mampu bangkit kembali dan menakutkan warga tempatan.

Dalam kepercayaan Ireland kuno, mulut dikatakan sebagai saluran utama di mana jiwa boleh masuk dan meninggalkan tubuh, hingga akhirnya mereka meletakkan batu besar di mulut mayat-mayat yang dikebumikan.

“Untuk kes ini, batu-batu yang dimasukkan ke dalam mulut mungkin boleh dijadikan penghalang untuk roh-roh si mati tidak boleh masuk ke dalam jasad kembali,” jelas Read.

Dalam penemuan tersebut salah satu jasad berumur antara 40 hingga 60 tahun, sementara yang lain berumur 20 hingga 30 tahun, dan keduanya mempunyai batu besar di dalamnya.

Penemuan dari pasukan yang dipimpin oleh Chris Read ini akan ditayangkan di saluran National Geographic pada awal tahun 2012 nanti.

No comments:

Post a Comment