Sunday 20 November 2011

Dituduh Bapa Kepada Seorang Bayi, Justin Bieber Sahut Cabaran Ujian DNA


Berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi kami tidak mahulah berpihak kepada sesiapa kerana kes yang sedang hangat ini, masih lagi disiasat dan dibicarakan. Dalam hal ini, mungkin keputusan akan berpihak kepada sesiapa sahaja. Mungkin kepada Justin Bieber atau pun kepada Mariah Yeater, gadis 20 tahun yang memfailkan kes di mahkamah dengan menamakan Bieber sebagai bapa bayi yang kini berusia 4bulan, Tristyn.

Yeater mahu menonton nafkah berjumlah RM850,552 daripada bintang pop yang berusia 17 tahun ini. Justin Bieber walaubagaimana pun tenang menerima tuduhan ini dan menganggapnya sebagai cabaran.

Biarpun penyanyi remaja dari Kanada itu berkali-kali menafikan tuduhan terbabit, dia menerima perkara berkenaan sebagai sebahagian daripada cabaran hidup bintang pop sepertinya.

Bercakap kepada majalah Star mengenai keadaan dirinya dan teman wanita, Selena Gomez, berdepan dengan situasi berkenaan, Justin berkata, mereka berdua perlu membiasakan diri dengan insiden sedemikian kerana ia sebahagian daripada asam garam industri hiburan.

No comments:

Post a Comment