Saturday 5 November 2011

Bayi terkecil didunia ini lebih kecil dari tin minuman

BERLIN - Seorang bayi menjadi bayi lelaki yang tidak cukup bulan termuda di dunia yang masih hidup.

Dia yang dilahirkan selepas 16 minggu kelihatan amat kecil dengan beratnya ialah 275 gram.
Bayi itu yang diberi nama jolokan Tom Thumb kini dirawat di sebuah hospital di Jerman dengan saiz badannya lebih kecil daripada tin minuman Coke.

Rekod bayi terkecil sebelum ini dipegang oleh Tyler Martin yang dilahirkan di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada 2004 dengan berat 320 gram.
Tom Thumb dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean di Universiti Perubatan di Goettingen, Jerman pada Jun 2009 lalu.

Doktor-doktor di universiti itu membuat keputusan pada minggu ini bahawa dia dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah ibunya.
"Selepas mengkaji semua dokumen berkaitan, kami boleh menyatakan bahawa dia (Tom Thumb) merupakan bayi tidak cukup bulan di dunia yang masih hidup," kata seorang jurucakap universiti itu, Stefan Weller.

No comments:

Post a Comment