Sunday 6 November 2011

Anugerah Skrin 2011 Tidak Menjadi Kerana Rozita Che Wan?

Agaknya ramai atau tidak yang menonton sehingga tamat Anugerah skrin 2011 (ASK2011) malam tadi? Berkonsepkan “Golden Glamour”, malam Anugerah Skrin 2011 telah bersiaran secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November 2011 pukul 9 malam tadi.

Bercakap di sidang media, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar menjelaskan pemilihan Rozita Che Wan sebagai hos bersama Ally Iskandar adalah untuk menampilkan keunikan dan membuat satu pembaharuan kepada majlis tersebut.

Apakah pendapat anda dengan penampilan Ally Iskandar yang digandingkan bersama artis cantik, Rozita Che Wan? Gimik yang dilakukan oleh pihak TV3 ini memang menjadi kerana ternyata ramai yang rasa tidak kena dan kekok dengan anugerah berprestij ini malam tadi.

Rata-rata penonton merasakan yang Rozita Che Wan masih belum bersedia untuk menjadi seorang pengacara, lebih-lebih lagi untuk majlis yang begitu besar. Mereka berpendapat ‘Cik Ta’ ini ‘Contol ayu’ dan hanya layak menjadi model iklan baju. Aduh,sampai begitu sekali ! Apa pula pendapat anda?

Pengacara bukan hanya sekadar rupa yang cantik dan menarik perhatian, tetapi mesti pandai menghidupkan suasana agar menjadi meriah, pandai mengambil ruang supaya penonton tidak bosan dan mengantuk dan terus menonton sehingga akhirnya. Itulah yang dicari! Mengapa tidak diambil pengacara profesional seperti Kak Engku, Sharifah Shahira, Didie Alias, Kak Ogi, Fara Fauzana (Hanya menyebut beberapa nama) yang sememangnya sudah biasa mengacarakan anugerah besar begini.

Mengikut Ally Iskandar, Cik Ta dipilih kerana kebiasaannya kemunculan Cik Ta pasti akan menarik perhatian orang ramai. Oleh itu peluang itu diambil oleh pihak TV3. Ally Iskandar yang memang jauh berpengalaman dalam bidang hos, mengharapkan agar mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan agar tidak kelihatan janggal di mata penonton nanti. Tetapi semalam Ally Iskandar kelihatan terikut kaku, kerana menunggu Cik Ta mengingat skrip serta kerap sangat memuji baju dan kecantikan Rozita sahaja.

Kesimpulannya , ASK2011 semalam merupakan majlis yang hambar. Rasanya tidak salah memberi peluang kepada orang baru tetapi pastikan mendapat peluang latihan yang mencukupi dan eloklah dimulakan dengan majlis yang kecil dahulu. Kepada Cik Ta, nasihat kami janganlah putus semangat. Teruskan bidang pengacaraan yang baru ini supaya menjadi lebih sebati dengan diri Cik Ta ye.

Kami paparkan keputusan ASK2011 di bawah ini :-

Senarai Pemenang Kategori Drama Anugerah Skrin 2011
1) Drama Terbaik -SANGGUL BERACUN
2) Pelakon Lelaki Terbaik Drama – EMAN MANAN (janji syurga)
3) Pelakon Wanita Terbaik Drama -UMI AIDA (air mata nur salina)
4) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama -ALLAH YARHAM FAIZAL YUSOF (jangan hantar aku ke neraka)
5) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – ELFIRA LOY (kum kum)
6) Pengarah Terbaik Drama – SABRI YUNUS (sanggul beracun)
7) Lakon Layar Terbaik – SABRI YUNUS (sanggul beracun)

Senarai Pemenang Kategori Filem Anugerah Skrin 2011
1) Filem Terbaik – MAGIKA (KRU studios)
2) Pelakon Lelaki Terbaik Filem -REMY ISHAK (cun)
3) Pelakon Wanita Terbaik Filem -EJA (janin)
4) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – SIDEK HUSSIN (karak)
5) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – NADIA NISAA (cun)
6) Pengarah Terbaik Filem -OSMAN ALI (cun)
7) Lakon Layar Terbaik – ERHAN BAHARUDIN (aku tak bodoh)

Senarai Pemenang Kategori Penerbitan Dalaman Anugerah Skrin 2011
1) Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – SUATU KETIKA EP.12
2) Rancangan Bual Bicara Terbaik -SELAMI JIWA DATUK FAZILAH KAMSAH
3) Rancangan Hiburan Terbaik – MAHARAJA LAWAK AKHIR
4) Rancangan Muzikal Terbaik -SHOUT AWARD 2010
5) Rancangan Realiti Terbaik -SHOWDOWN 2011
6) Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik – BULETIN UTAMA (pengemis terhormat)

Senarai Pemenang Kategori Khas Juri Anugerah Skrin 2011
1) Anugerah Yasmin Ahmad -SYAMSUL YUSOF
2) Anugerah Artis Harapan Pantene -FAZLIE DANIAL ALI (yang terpuji)

VideoGrafi Terbaik – BALANG RIMBUN SDN. BHD (sanggul beracun)
Drama Komedi Terbaik – GANG SURAU
Drama Rantaian Terbaik – JUVANA

No comments:

Post a Comment