Sunday 6 November 2011

Iqram Dinzly Bercinta Dengan Deanna Yusof

Kisah lelaki lebih muda jatuh cinta dengan perempuan lebih berumur daripadanya bukanlah perkara asing lagi. Sekarang ini pun rata-rata lelaki sukakan perempuan yang lebih matang. Apakah alasannya hanya empunya diri sahaja yang mengetahuinya.

Walaubagaimanapun, hubungan cinta Iqram dan Deanna Yusof ini merupakan kisah cinta 3 segi di mana anak Deanna Yusof juga, jatuh cinta terhadap lelaki yang sama.Bagaimanakah penghujung kisah cinta pasangan yang berbeza usia , 20 tahun ini ?

Nantikan sahaja kisah drama terbitan Asia Media Content ini. Drama bersiri ‘Cendana’ ini bakal bersiaran pada 14 Februari 2012 selama satu jam sebanyak 13 episod.

Apapun.. Huh! Aksi panas mereka sedang meletup-letup gitu. Diharapkan drama padatlah dengan unsur-unsur pengajaran berguna untuk penonton dan bukan gimik memaparkan aksi-aksi panas yang berlebih-lebihan.

No comments:

Post a Comment