Saturday, 3 March 2012

Lelaki Didakwa Tiduri Pengantin Vietnam, Kemudian Mahu RM14 Ribunya Semula



Berita yang dipetik daripada AsiaOne melaporkan seorang lelaki yang dikenali Tan mahu memulangkan pengantin Vietnam yang dibelinya daripada sebuah agensi mencari jodoh di Singapura.


Lelaki berusia 52 tahun itu mahu memulangkan pengantin berusia awal 20-an itu dan mahu wangnya berjumlah $6 800 dipulangkan semula.


Lelaki itu mahu berbuat demikian kerana gadis itu dikatakan terlalu hodoh untuknya. Namun, agensi mencari jodoh itu mendakwa lelaki itu telah meniduri gadis Vietnam itu selama seminggu sebelum meminta agensi itu memulangkan wangnya.


Mark Lin, pemilik agensi mencari jodoh, Vietnam Brides International Matchmaker, terpaksa menolak permintaan lelaki itu kerana mendakwa dia sudah meniduri gadis tersebut. Apabila ditanya, gadis itu turut mengakui telah ditiduri lelaki tersebut.


Kata Lin, "Jika gadis itu berubah fikiran, saya tidak kisah mengembalikan wangnya semula. Namun dia yang tidak mahu akan gadis itu. Jika saya asyik memulangkan wang kepada pelanggan, sudah tentu perniagaan saya akan terjejas. Tambahan pula, lelaki itu yang memilih gadis itu sewaktu memilih calon isteri."


Walau bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan bahawa dia telah meniduri gadis itu dan kes ini telah dibawa ke Small Claims Tribunal September tahun lalu.


Jumaat lalu, tribunal itu membuat keputusan yang memihak kepada Mark Lin. Tribunal itu membuat keputusan bahawa agensi mencari jodoh itu tidak perlu memulangkan wang yuran yang dikenakan kepada Tan. -DCM

No comments:

Post a Comment