Wednesday 7 March 2012

Gila, 9 pasangan berkahwin bogel di pantai Jamaica


KINGSTON: Sembilan pasangan pelancong semalam menyuarakan ikrar perkahwinan “Saya terima” dengan berbogel di pantai Jamaica.
Melangsungkan perkahwinan dengan bertelanjang pada Hari Valentine memberi makna bagaikan hidup dalam mimpi bagi seorang ibu yang tidak bekerja, Milly Salas dari daerah Bergen, New Jersey yang tidak pernah mengunjungi pantai bogel sebelum ini.

“Ia sungguh indah. Rasanya seperti dalam kisah dongeng,” kata Milli, 39, sejurus selepas acara perkahwinan bogel di Hedonism II, pusat peranginan tumpuan ramai di Negril, bandar pelancongan di barat pulau konservatif itu yang bergantung kepada industri pelancongan.
Menurut Naib Presiden Pemasaran Superclub yang memiliki Hedonism, Zein Issa-Nakash, ikrar perkahwinan pada Hari Valentine dan hadiah penginapan empat hari menarik lebih 100 pasangan yang bertunang dari Amerika Syarikat dan Kanada, tetapi hanya 10 dipilih dalam sebahagian daripada pertandingan perkahwinan bogel itu.

Satu pasangan menarik diri sebelum hari penting itu yang difilemkan oleh kru TV dokumentari. Peserta, Kevin Young dari Land O’ Lakes, Florida berkata, bersiar-siar “secara semula jadi” sering dilakukannya sejak dia tinggal di tengah-tengah komuniti bogel.

No comments:

Post a Comment