Friday, 11 November 2011

Tiga remaja berjaya rakam imej hantu cowboy

Tiga rakan berjaya merakamkan imej yang mereka percaya sebagai hantu di sebuah pub di Tunstall.

Bayangan bebola cahaya yang dirakamkan oleh mereka itu turut menunjukkan satu lembaga memakai topi gaya koboi.
Rakaman tersebut dilakukan oleh sekumpulan pemuda yang mencuba mod rakaman video sebuah telefon bimbit baru.

Pekerja pub tersebut mendakwa pemilik tanah berkenaan pernah melihat rakaman yang hampir sama di sebuah pub berdekatan.
Rakaman video itu dilakukan oleh Andy Willett dan rakannya Macca serta Vince Bundy.

"Ia adalah hantu. Tiada penjelasan lain lagi bagi menerangkan rakaman itu.
"Kami tidak melihatnya sewaktu duduk di kawasan itu.
"Bila video itu dimainkan, saya terkejut dan tidak menyangka bayangan misteri itu muncul," kata Bundy.
"Saya tidak pernah melihat rakaman video sejelas itu sebelum ini. Ia bukan tiruan dan ia benar-benar berlaku," ujarnya.

No comments:

Post a Comment