Thursday 17 November 2011

Pelik, Pantai Berkaca di California

Terletak di MacKerricher State Park di California. Pemandangan di pantai ini tidak akan terdapat di semua pantai di seluru dunia. Ini kerana pantai tersebut mempunyai pasir yang terdiri daripada kepingan kaca yang bersaiz sebesar syiling dan berwarna warni dan berbeza daripada pasir-pasir di pantai-pantai seluruh dunia.

Tahukah anda bagaimana kaca-kaca ini terhasil? Kisah ini bermula pada awal abad ke-20 apabila di MacKerricher State Park pada masa dulu terdapat banyak kilang-kilang yang menghasilkan barangan perhiasan kaca dan hasil daripada sisa kilang tersebut telah dibuang di pantai.

Seiring dengan perjalanan waktu, kilang-kilang tersebut akhirnya berkurang dan terus hilang. Manakala pantai tersebut yang dahulunya dijadikan tempat pembuangan sisa kaca ini akhirnya dibuka semula. Kaca-kaca tersebut tidak tajam kerana terhakis oleh hakisan air laut dan akhirnya menjadikan pemandangan pantai tersebut cantik untuk dikunjungi.1 Pantai Berkaca di California

2 Pantai Berkaca di California

3 Pantai Berkaca di California

4 Pantai Berkaca di California

5 2 Pantai Berkaca di California

6 Pantai Berkaca di California

7 Pantai Berkaca di California

8 Pantai Berkaca di California

9 Pantai Berkaca di California

10 Pantai Berkaca di California


No comments:

Post a Comment