Tuesday 22 November 2011

Memerang jantan ini mengamuk apabila pasangannya ditangkap

Seekor memerang jantan menimbulkan kemarahan badan alam sekitar yang terpaksa memburunya kerana didapati merosakkan banyak pokok di sebuah ladang dekat Devon, London.

Mamalia seberat 38 kilogram itu dipercayai melarikan diri sejauh 32 kilometer hingga lembangan Tamar dan antara tiga ekor yang terlepas keluar dari sebuah ladang memerang liar.

Haiwan itu melepaskan diri untuk mencari dua pasangannya yang sudah pun ditangkap awal. Ini menyebabkan ia mengamuk dan merosakkan beberapa batang pokok hutan di sepanjang sungai.Perangkap madu digunakan untuk menjejak haiwan itu, iaitu antara 24 ekor memerang liar yang dipelihara di bawah lesen khas Natural England untuk bisnes gambar hidupan liar.

No comments:

Post a Comment