Wednesday 2 November 2011

Lelaki kerat jari teman wanita dan ugut bunuh ibu teman wanitanya

AMERIKA SYARIKAT - Pegawai-pegawai sherrif Yavapai County telah menangkap seorang lelaki dari Rimrock pada hari Sabtu selepas dipercayai memotong sebahagian jari teman wanitanya dan mengugut akan membunuh dia dan ibunya.

Ronald Gene Olivier, 48, memaksa teman wanitanya itu mengerat jarinya untuk mendapatkan kepercayaannya. Dia ditangkap dan dibawa ke penjara Camp Verde atas tuduhan penculikan, keganasan rumah tangga, penyerangan, jenayah kerosakan, dan menolak penangkapan.

Mangsa yang berusia 43 tahun mengatakan kepada pihak berkuasa bahawa dia diancam bunuh jika dia tidak membiarkan jarinya dipotong dengan pedang.

Penyiasat mengatakan Olivier meletakkan tangan mangsa di atas meja dan menghiris sebahagian dari jari kelingking kirinya. Mangsa berlari ke rumah jiran dan meminta bantuan selepas serangan.

Doktor tidak dapat mencantum semula jari mangsa. Olivier masih dalam tahanan dengan ikat jamin $150,000.

No comments:

Post a Comment