Tuesday, 15 November 2011

Lelaki ini lamar kekasihnya dengan hanya berseluar dalam

Seorang lelaki, Pete Simson menyewa sebuah pawagam di Bristol, Britain supaya filem mengenai dirinya yang menunjukkan dia menyanyi sebuah lagu dengan memakai seluar dalam ditayangkan di depan kekasihnya.

Dia sanggup berbuat demikian sebagai salah satu cara untuk melamar kekasihnya.
Simson yang berumur 26 menyanyikan lagu If You're Not the One nyanyian penyanyi popular, Daniel Bedingfield dengan melakukan pelbagai aksi dengan memakai seluar dalam.

Kekasihnya, Hannah McDonagh yang merupakan seorang peguam menangis apabila Simson kemudian melutut untuk melamarnya selepas filem selama lima minit itu berakhir.
Ketika itu, terdapat sejumlah penonton yang berada di pawagam menyebabkan kekasihnya tidak mengesyaki Simson akan membuat kejutan tersebut.
Mereka merancang untuk berkahwin pada bulan depan.

No comments:

Post a Comment