Saturday 5 November 2011

Kerana seks, lelaki tembak kepala isteri sehingga mati

Seorang lelaki telah menembak kepala isterinya sehingga mati hanya untuk memenuhi keperluan fantasi seksualnya. Dia menembak isterinya di rumah mereka di Oklahoma, Amerika Syarikat seperti yang diberitakan oleh CBS.

Hasil sisatan polis mendapati, lelaki yang bernama Arthur Sedille mengaku dia sering meletakkan pistol di kepala isterinya saat melakukan hubungan seks. Namun dia tidak tahu jika senjata itu berisi peluru dan kemudian menarik picunya saat melakukan seks bersama isterinya. Kini Sedille,23 tahun menghadapi hukuman atas kematian istrinya Rebecca Sedille yang berusia 50 tahun. Rebecca meninggal di tempat kejadian.

Menurut laporan pengakuan yang diberikan kepada pihak polis Oklahoma City mengatakan Sedille mengakui jika insiden tidak disengajakan. Dia kemudian menelefon 911 setelah kejadian itu. Pasukan penyiasat kemudian memutuskan menangkap Sedille atas tuduhan pembunuhan A level. Kes ini diceritakan oleh Ketua polis Oklahoma City, Senior Sergeant Gary Knight namun dia mengatakan pihaknya belum membuatkan tuduhan rasmi kerana penyelidikan masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment