Friday, 4 November 2011

Kerana kalah permainan game Call Of Duty lelaki 46 tahun ini serang remaja

Seorang lelaki telah didakwa di mahkamah atas dakwaan menyerang seorang remaja berumur 13 tahun hanya kerana watak dalam permainan Call Of Duty yang dimainnya telah dibunuh.

Mark Bradford yang berumur 46 tahun amat marah apabila wataknya didalam permainan video itu telah ditembak mati dalam simulasi perang oleh berusia 13 tahun. Bapa tiga orang anak yang merupakan seorang penganggur di Plymouth, Devon mengambil tindakan berdepan dengan remaja itu di rumah kawan remaja itu lalu mencekik leher remaja tersebut.


Mereka telah bermain Call of Duty: Black Ops antara satu sama lain dan bercakap menggunakan mikrofon. Serangan itu berakhir apabila ibu remaja itu terkejut lalu menarik Bradford agar melepaskan remaja itu. Bradford kemudian hanya pulang tanpa berkata apa.


Gareth Warden, yang merupakan pendakwa kes berkata remaja itu bermain permainan itu di rumah kawannya apabila dia memanggil nama Bradford selepas dia 'membunuh' beliau. Beliau menambah bahawa Bradford pergi ke sebuah rumah berhampiran di mana budak lelaki itu sedang bermain, pergi ke bilik hadapan dan mencekik remaja tersebut dengan kedua-dua belah tangan.

Ibu remaja itu yang berumur 33 tahun berkata: "Ia amat menyedihkan apabila seorang lelaki yang matang akan menyerang kanak-kanak yang tidak bersenjata seperti ini. Jika anda tidak boleh menerima hakikat akan tewas kepada kanak-kanak maka anda tidak perlu bermain. '

Majistret mengarahkan pegawai akhlak untuk menyediakan laporan penuh mengenai latar belakang beliau sebelum beliau dihukum. Bradford telah dibebaskan dengan jaminan tanpa syarat dan perlu kembali ke mahkamah pada 24 Oktober.

No comments:

Post a Comment