Monday, 21 November 2011

Keluarga besar: 1 Suami, 39 Isteri, 94 Anak Dan 33 Cucu

Ziona Chana, lelaki berasal dari India ini hanyalah berusianya 67 tahun sahaja namun, Dia memiliki sebuah keluarga yang sangat besar. Percaya atau tidak dia memiliki 39 wanita sebagai isterinya. Dari hasil perkahwinannya itu, dia dikurniakan 94 anak dan 33 cucu. Jumlah keluarga itu masih bertambah dengan kehadiran 14 anak perempuan tiri yang telah dimiliki oleh beberapa isterinya.

Ziona dan keluarganya menetap di sebuah rumah yang dibina di sebuah bukit di perkampungan Baktwang, Nizoram, India. Lihat lah bangunan rumah keluarga Ziona mirip seolah-olah rumah flat. Rumah tersebut setinggi 4 tingkat dan mempunyai 100 bilik.

Bagaimana dengan makanan? Dalam satu malam keluarga ini boleh menghabiskan 30 ekor ayam, 60 kg kentang, dan 100 kg nasi. Sewaktu makan bersama, bilik makan akan menjadi sesak seperti sebuah restoran.

Ziona adalah ketua mazhab agama ‘Chana’ yang didirikan oleh ayahnya pada 1942. Ziona percaya bahawa dia akan mampu memerintah dunia apabila ahli keluarganya telah mencapai 400 orang.

Berikut ini gambar-gambar mereka:

Sejumlah ahli keluarga Ziona bergambar di rumah mereka di perkampungan Baktwang, sebelah timur laut India, Jumaat (07/10/2011). Gambar: REUTERS

Ziona bergambar bersama seluruh ahli keluarganya di rumah mereka di perkampungan Baktwang, sebelah timur laut India, Jumaat (07/10/2011). Gambar: REUTERS

Sejumlah ahli keluarga Ziona bergambar di rumah mereka di perkampungan Baktwang, sebelah timur laut India, Rabu (05/10/2011). Gambar: REUTERS

Ziona (67) bergambar di lokasi pembangunan gereja di perkampungan Baktwang, sebelah timur laut India, Rabu (05/10/2011). Gambar: REUTERS

Seorang menantu Ziona menggendong anaknya di rumah mereka di perkampungan Baktwang, sebelah timur laut India, Jumaat (07/10/2011). Gambar: REUTERS

Rumah keluarga besar Ziona di perkampungan Baktwang, sebelah timur laut India, Khamis (06/10/2011). Gambar: REUTERS

No comments:

Post a Comment