Monday 21 November 2011

Kanak-kanak tembak kekasih bapanya yang sedang hamil

Seorang budak lelaki berumur 11 tahun menembak mati kekasih bapanya yang hamil dari belakang kepalanya ketika dia sedang tidur di rumahnya di Wampum, Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa.

Seorang pegawai polis, Leftenan Steve Ignatz berkata, budak itu kemudian menaiki bas ke Sekolah Rendah Mohawk.

Peguam Daerah Lawrence, John Bongivengo berkata, budak lelaki itu, Jordan Brown didakwa kelmarin kerana menembak mati Kenzie Marie Houk yang berumur 26 tahun dan sedang hamil lapan bulan.

Anak perempuan Kenzie yang berumur empat tahun sedang makan sarapan pagi dan menonton kartun ketika kejadian sebelum mendapati ibunya sudah mati, sejam kemudian.
Dia kemudian berlari ke luar rumah dengan memberitahu kejadian itu kepada pencatas dahan pokok.

Beberapa anggota keluarga dan rakan Kenzie memberitahu budak itu menghadapi masalah hubungan dengan kekasih bapanya pada masa lalu.
"Terdapat isu cemburu. Dia (budak itu) memberitahu anak saya bahawa dia mahu melakukannya ke atas Kenzie," kata adik ipar Kenzie, Jason Kraner.
Bongivengo berkata, Brown didakwa melakukan pembunuhan jenayah termasuk ke atas seorang anak yang belum dilahirkan.

Dia kini ditahan di sebuah penjara daerah Lawrence.
Bongivengo berkata, budak itu menembak mati kekasih bapanya itu dengan menggunakan senapang patah yang direka khas untuk budak dan ia tidak perlu didaftarkan.
Bapa Kenzie, Jack Houk berkata, budak itu belajar menembak di belakang rumah mereka dan memburu bersama bapanya.

Menurutnya, terdapat ketegangan hubungan antara anaknya dengan budak itu.
Namun, Kenzie berusaha untuk meneruskan hubungan dengan budak itu.

No comments:

Post a Comment